Setuju tubuh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia - Nasional

PUTRAJAYA - Kabinet bersetuju dengan penubuhan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia (NTSB) yang akan bertindak sebagai badan penyiasatan bebas terhadap kemalangan melibatkan pelbagai mod pengangkutan.

Menafikan dakwaan bahawa terdapat kelewatan dalam penubuhan NTSB, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tindakan sewajarnya sudah diambil selepas cadangan untuk menubuhkan badan berkenaan dikemukakan pada tahun lepas.

Beliau berkata kementerian juga melibatkan penyertaan pelbagai agensi dalam sektor udara, laut, darat, pelabuhan dan perkhidmatan rel untuk menyelaraskan penubuhan NTSB itu.

Selepas berusaha keras, Kabinet secara dasar, meluluskan penubuhan NTSB. Kita mendapat sokongan daripada kesemua agensi terlibat.

Kini, kita sedang dalam usaha mewujudkan akta bagi merealisasikan penubuhan NTSB. Kita akan bekerjasama dengan Institut Penyelidikan  Keselamatan Jalan Raya,  Jabatan Penerbangan Awam, Biro Siasatan Kemalangan Udara dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat untuk merangka akta itu, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

NTSB sebagai sebuah badan berkanun, akan menjalankan siasatan bebas kemalangan membabitkan kesemua mod pengangkutan, termasuk darat (jalan raya dan rel), maritim (termasuk pengangkutan sungai) dan udara.

Terdahulu, Liow melancarkan perlindunga....

read more from sinarharian.com.my